tips handphone : mungkin ade sesetengah fakta yang anda tidak tahu.

Thursday, December 2, 2010

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda.

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.


copy from gempak.org

cuti semester..

Saturday, November 20, 2010

salam sahabat semua..apa khabar...lame da xupdate blog kat cini..maklumla sibuk ngan final exam..

sekarang da stat cuti semester
dlu bukan men tunggu ag..
pastu bile da sampai bosan pulak..
adoi..hidup2..kalo ade duit kan best
leh g melancong sane sini..

aktiviti cuti semester aku dimulakan dengan kursus yang aku kne g kat PD
kursus ni selame seminggu
ok la tu..perabis gak mase aku dengan pekare berpekdah
abs je kursus nnt ayah aku da mintak tolong awal2 cat umah
yela kan..abg aku nak kawin bulan 3 ni..
so die soh la cat siap2..
aku ok je..asal ade keje

korang pn mesti ramai yang tgh cuti sem
ape plan?..
mane tau leh kongsi2..mane tau plan korg best
leh aku curi idea sket..hehe

selamat bercuti sume......

*sorila xde gambar la..mals nak letak..:)

part 2 - kesal dengan bangsaku sendiri

Wednesday, November 10, 2010

salam semua..
baik la..ini sambunagn dari post sebelum ini....

sape xkenal dengan tan sri p.ramlee..ade orang jadikan die idola..dan ade jugak yang sesetengah mengatakan dialah fenomena di malaysia dan sehingga sekarang tiada pengganti..

P ramlee penah mengharungi zaman kegemilangannya..dimana beliau pada ketika itu adalah seorang pengarah yang dijadikan anak emas oleh shaw brother (SB studio) yang mana kalo korg tgk cte pramlee cm bujang lapok sume dari SB studio ni..

menurut dokumentari itu..bos pramlee masa di sB studio tu ckp pramlee ni xreri simpan duit..bukan maksudnye boros..tapi xreti nk manage duit..yang mane duit gaji die die bg bos die n die suruh bos die yang masukkan dalam bank..

pramlee pada masa tersebut telah memenangi banyak anugerah tidak kire dari dalam n juga luar negara..oleh sebab dengki itula pakatan jahat untuk menjatuhkan die ditubuhkan.

pramlee ni merupakan seorang yang syang kepada bangsa melayu..pada era2 musik barat masuk ke malaysia ( eg beetle,rolling stone n etc) , beliau masih mempertahankan irama melayu seperti ghazal , keroncong..dan pada masa itu lagu2 ini tidak diterima oleh masyarakat malaysia pada masa itu (culture shock kot)

Dan kalo xsilap..oleh kerana lagu pramlee da semakin xlaku pada masa itu, syarikat yang mana p ramlee bernaung tok nyayian (EMI) telah menamatkan kontrak beliau kerana diorg ckp p ramlee da xleh wat duit tok diorg ( sedangkan pada zaman kegemilangan lagu beliau banyak keuntungan yang telah die bg untuk EMI)..dan oleh sebab itu die da xde keje time tu..

sebenarnya panjang jugak nak tulis sume..Ok..ade satu lagi..kan aku ade ckp pada post lepas kenapa p ramlee@keluarganya skrg xde duit..walhal filem die banyak (dlm 3ratus lebih kalo xsalah)..sebab nya adalah cite2 yang pramlee buat sume xde copyright...maksudnye pramlee die xde hak atas filem die sendiri..SB yang menpunyai semua hak2 terhadap film2 tersebut..mungkin itu satu silapnye..duit royalti xdpt nak di claim oleh keluarganya skrg..

Pada dokumntari tersebut..salah sorg kawan rapat pramlee bgtau, pramlee meninggal adalah kerana sakit jantung..dan kenapa die sakit jantung?..kerana masalh2 yang dihadapi pada ketika itu(yang mana sume org xde yang bantu die even kerajaan sendiri pada masa itu)..

P ramlee mendapat pingat gelaran tan sri bertahun selepas die meninggal..tapi bg aku ape gune bg lepas die meninggal..sepatutnye die dibantu masa die susah..bukan dengan mengenang bile die da xde..baru nak kesal itu dan ini...

kalo korg nak tau lebih byk n detail cari la cte tu n tgk la..tersangat sedih pada akhir2 hayat beliau..

Aku kesal dengan bangsa ku sendiri

Tuesday, November 9, 2010

melayu memang terkenal dengan sikap yang sopan santun serta berbudi bahasa..tapi tau kah anda itu cume on the bright side..on the other side melayu juga terkenal dengan sikap dengki, xboleh tgk bangsanye naik sikit, mule la ade yang cube menjatuhkan...

aku tetibe rase nak menulis tajuk ni kerana satu sebab ni..semalam aku baru menonton satu dokumentari tentang Tan Sri P.Ramlee dari history channel..aku xtau ni cerita dah lame keluar or baru ditayangkan tapi yang pasti aku xpenah tgk..

bile aku tgk dokumentari ni aku sedih..rupanya p ramlee yang begitu gah namanya kini pada satu masa dahulu banyak kisah yang memilukan yang terpaksa ditanggungnya sendiri..menurut dokumentari berkenaan, pada zaman kegemilangan p ramlee, ade satu komplot dilakukan oleh pengarah2 filem dan juga crew disertai juga oleh wartawan untuk menjatuhkan beliau..

menjatuhkan beliau???Ya..menjatuhkan..sebab ape..sebab mereka DENGKI dengan kejayaan P ramlee yang pada saat itu begitu bagus dalam lagu dan juga filemnya.. di sebab kan itu merupakan salah satu sebab kerana beliau mengalami kesusahan..

kenapa bangsaku ini sangat bersifat dengki..ingatkan sekarang je cmni..dlu pun sama rupanya..kalo macamni bagaimana bangsaku nak maju..pkir2 kan la..

korang nak tau kenapa pramlee begitu besar kejayaan ya dalam bidangnya tetapi keluarga kite tgk sume miskin..sedangkan kalo sekarang tgk yusof haslam contohnye..kaye gile bapak..tapi pramlee xberduit??

nnt saya akan ceritakan pada post akan datang..

Binatang yang curang

Thursday, November 4, 2010


Kesian die..


kredit to gempak.org

gambar mase photoshoot (cont)

Monday, November 1, 2010

ni ade gambar2 tambahan aku mase dipanggil wat photoshoot tu..
semat gak aku tgk..tp tgk la die tangkap pkai kemera ape lak kan..
aku pn xtau model pe tp yang aku tau kamera tu bapak gabak la..
n lense yang sangat la besar
bape ribu harge tu pun aku xtau la..
tp yang aku pasti ianya MAHAL..






amacam??..ok x


Engineer in making

wah..tajuk cm sedap je engineer in making..
hehe..
aku baru terpikir rupenye aku ni merupakan salah seorang engineer in making
aku skrang amik kos engineering and da tahun 3 da pun
lagi setahun stegah abis la aku study
kat mane la aku nnt lagi 2 tahun nnt ni.
aku da bragan2 jadi cm die ni da..


teke sape ni...
haa...ni la michele scoldfield..ala cte prison break tu
die kan engineer yg genius ( dlm cte ni jela)..
aku da berangan jadi cm die da..
ble tgk die dlm cte ni cm kool@cool lak kan..


semoga berjaya engineer in making

Web browser : yang mana satukah pilihan anda

Sunday, October 31, 2010

Web browser adalah sesuatu software yang membolehkan kita melayari, memapar dan berinteraksi dengan dokumen yang ade didalam internet. Contoh2 web browser yang terkenal pada masa ini adalah mozilla, opera, google crome, cometbird.







Dalam banyak2 yang penah aku pkai aku rase cometbird and firefox yang best. Tapi sesetengah orang pilih google crome skrang..aku da pnh try pkai tapi sbb die xsuite ngan idm so aku tkr balik ke firefox..kalo iku statistik penggunaan kat dunia ni, web broser yang aku nyatakan kata atas tu la antara penggunaan paling tinggi yang mana penggunaan mencecah 1734 juta pengguna.

koleksi-koleksi katun zaman kecik2 dlu

Saturday, October 30, 2010

mase zaman aku kecik2 dlu..aku ni minat sgt tgk katun..boleh dikatakan dr pagi smp petang ade katun..kalo xde kat tv3 ade kat ntv7..kalo xde kat dua2 tu ade kat tv rtm..so mmg sabtu ahad is katun time..antara katun2 yg ade pada zaman itu adelah :



tomatoman


power rangers


jetman


anak-anak sidek


gaban


dash yankuro


cybercop



sailormoon


teringat lak zaman kecik2..zaman cuti skolah..cuti?..skrg pn da nak dekat cuti sem..haha..xsabar lak nak cuti..selamat bakal bercuti kepada sume studen ipt kat malaysia ni..:)

Kekasih yang x di anggap

Wednesday, September 29, 2010

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah


ade sesape ke kekasih yang x dianggap kat sini..harap2 xde kan..hehe :)